Iklan Pengambilan Pelajar Baru Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi MEI 2011/2014

10 FEBRUARI 2011, KHAMIS - Pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Al Quran dibuka sekarang.Permohonan adalah dipelawa untuk mengikuti kursus Diploma Tahfiz Al-Quran bersama Darul Quran (JAKIM) di Maahad Tahfiz Al Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi sesi pengajian Mei 2011/2014. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun borang permohonan melalui portal MAIK atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran MAIK atau Pejabat Pentadbiran Maahad Tahfiz Al Quran (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.

 

Iklan Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz

Borang Pengambilan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran

[ Muat Turun Iklan dan Borang ]

 
Pertandingan Laman Web Peringkat Masjid Bandar Dan Jajahan Negeri Kelantan

16 DISEMBER 2010 RABU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan satu Pertandingan Laman Web Peringkat Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan pada hari Rabu, 15 Disember 2010 jam 10 pagi.

Pertandingan ini telah disertai oleh kesemua 16 buah masjid bandar dan jajahan iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian,Masjid Bandar Telipot, Kota Bharu, Masjid Bandar Kg.Sireh, Kota Bharu, Masjid Bandar Langgar, Kota Bharu, Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa, Masjid Bandar Mahmudi, Bachok, Masjid Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Masjid Bandar Guchil, Kuala Krai, Masjid Bandar Tengku Faris Petra, Kuala Krai, Masjid Bandar Jeli, Jeli, Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Masjid Bandar Pasir Mas, Pasir Mas, Masjid Bandar Ibrahimi, Pasir Puteh, Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan juga Masjid Ismaili, Tumpat.

Selanjutnya..
 
Perancangan Masjid Ismaili

Insya Allah

  • Merancang untuk  memohon agar pihak berwajib membuat pengambilan tanah ke atas tanah di lot 233 dan 235 seksyen 1, Bandar Tumpat yang bersempadan dengan tanah masjid yang mana beberapa perancangan akan dirancang.
  • Menambah ruang masjid
  • Membina kuarters untuk pegawai dan kakitangan masjid
  • Membina madrasah tahfiz al-ouran di bawah kelolaan masjid
  • Membina musafir khana (hostel) untuk musafir dan pelancong yang datang ke Bandar Tumpat
  • Membina pusat khidmat kauseling dan khidmat masyarakat
  • Membina perpustakaan masjid
  • Membina blog dan laman web masjid
  • Mengadakan kelas kesenian Islam seperti khat dan sebagainya
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Sabtu, 19 Mei 2012  
27 Jamadi-ul-Akhir 1433

Yang DiPertua MAIK

 

tengku_mahkota2

 Yang Amat Mulia

Tengku Muhammad Fa-iz Petra

Waktu Solat

Pautan Laman Sesawang

kerajaankelantan mas logo-sultan
maik kerajaankelantan halal-logo
mas mas mas